Saturday, July 30, 2011

AKU HANYA CINTA KAU

Aku hanya ada kaU dihatikU! hanyA kau~ Kerana ALLAH akU cinta kaU! KErana ALLAH juga aKu setia pADA kaU! haTikU xkan berUbah dan AKu hanya akan berubah hanya kerana ALLAH.. CintaKu bukanLah untuk dipermainkan.. Beberapa kaLi aku ingin menyayangi org lain maLah akU x sgguP. HatikU hanya pada kau! satU-satUnya hanya pada kau.. Tolonglah memaHami driku ini.. aKu taw cinta bukan bOleh dipaksa2. aKu hanya mahu kau tahu hatikU hanya ada KAU! SEMUANYA HANYALAH KERANA ALLAH~!

Saturday, June 25, 2011

dUkA cItA diMakLumkan!! ^^

ting tong ting t0ng!! jaM menunjukkn pKul 3 PTG JumaaT di lDg pUchong bersaMa- sama 'abg vet ksygn n pak cik hebat-- pak kojet n teman2 yg lain!

pe nak bUat biLe LEMBU sakit perut? soalan oleh pak kojet atau tidak pernah dikenali dgn nama sebenarnya en.isMaiL tetapi kojet! semUa tg0k kat 'abg vet ksygn'! ttPi x dijawab.. biasalah bru nak naik! baru lam proses orientasi oleh pihak jbtn katanya.

sgt xtaw biLe lembu skit prut dia trus terlentang cam kite tido! haha~ sgt lawak! x=cmne nak baikkan dia dr kembung perut?? jwapan dia kite cucuk perut dgn jarum byak kaLi smpai angin2 lam prut dia hilang. emmediateLy dia trus bgun bile x sakit lagi! semua tergelak sakan bile dgr kata pak kojet! btul ke x xtaw~ semua mengangguk tanda stuju.. Termasuk 'abg vetku yg tersyg~ hahhah! pape p0n aku xnak jdi org vet laGI~ hehehe! pe sbbnya  adlah hya Tuhan yg tahu! ^^

Tuesday, April 12, 2011

JASA MU TIDAK TERNILAI


Perit rasanya menanggung rindu yang kian makin parah. Bukan tidak meredhai suratan takdir, namun itulah fitrah apabila berjauhan dengan insan yang dicintai. Apatah lagi insan itulah yang paling banyak terkorban jiwanya demi kebahagiaan seorang insan yang bergelar anak. Meskipun seusai satu dasawarsa, cendayam kasih dan kuntuman rindu pada ibu masih sesegar dalam sanubariku.. Bukan bermakna kasih sayang ayah aku ketepikan.. Malah aku sangat mencintai kedua-duanya... 

seawal jam 4 pagi mereka bangun untuk menyiapkan apa yang patut demi menyara kami sekeluarga., Penat lelahnya tidak terkira tandingannya daripada penat lelahku sekarang ini.. Bangun seawal jam 4 pagi demi mencari rezeki dibantu oleh ayahku yang sangat2 memahami. Aku bangga mempunyai ayah sepertinya.. Yang sentiasa memahami penat lelah ibuku, yang sentiasa berada di sisi dalam senang dan susah. Tidak kisah akan kepenatan yang dilalui. Tidak pernah sesekali merungut akan keletihan yang dialaminya demi membantu isteri tercinta. Aku hanya mampu berdoa akan kesejahteraan mereka, aku tidak mampu berada di sana ntuk menolong mereka. Dan aku berjanji aku akan bawa kebahagian pada mereka suatu hari nanti.. Insya ALLAH.. Ya Allah, panjangkanlah tempoh masa mereka untuk bersama diriku..Masih jauh dan masih banyak aku berhutang dengan mereka.. Kau berikanlah tempoh masa supaya aku dapat membalas semuanya.. Janganlah kau ambil dia sepertimana kau bawa dia pergi. Disaat aku tidak sempat meluahkan kasih sayg kepadanya Ya ALLAH.. Kau ksihanilah aku. Berikan aku kjayaan untuk aku menebus sgala jasa2 mereka.. HANYA SEDIKIT LAGI MASA.. 

kEPERitan yang dialami x pernah aku ungkapkan dengan kata-kata.. Aku seorang yang pemendam rasa. KerNA aku dilahirkan begini. Demi ALLAH, aku sayg mereka tiada tandingannya.. AKU SAYANG IBU BAPAKU....

Wednesday, February 23, 2011

aku penciNtanya!! ^^

Perit bile menahan riNdU yg terpeNdam ini.. SEteLah lama dia peRgi akU rsekan diRiku rasa kEK0s0ngan !

akU syg dia syG2!! da keRap ku berD0a supaya akU ditemukan dengannya laGi! sUpaya dia cePat pULang ! taPi kemana dia meNghiLang sebenarNya.. genAp sebuLan dia xde.. Aku sunyi sgt2! aKu da seBati hiduP ngn dia.. aku SYGKAn  dia sgt2! Kucing peNinggaLan arwah! saTu2 nya yg tiNggaL utk dijadikan keNangan.. AKu rindu dia.. N akU rindu tUannya... Ya ALLAH! jIKALau dia masih hiduP kau kemBaLikanlah dia kesisi kaMi. JikaLau dia sudah tiada kaU beriLah peTunjuk kepadakU yg dia da tiada..


sEmaLam aku mimpikan nya.. aKu main2 dengan dia.. BEst sgt2.. aKu beLai2 dia n biLe aku nk peLuk je, dia hilanG! N AkU teRus terjaGa dari tidur! semUa adaLah mimpi semata2!! betapa terkiLannya aku biLe x dpat peLuk kucing tuh. mIAW!! mane kamU pergi... Bliklah... rinDu sGt2 ngn kamu! 



seDar x seDAR sekrg  da  tepAT jam 4.11 a.m... baRu aku taw sejahat2 aku, ati aku sgt lembut! seHIngga menitiskan air mata biLe bercerita ttg kucing kesayangan aku.. emm.. dat's en0ugh!! time to sLeep! s0! sLeep well... ape2 P0M aku akn sygkan kamu smpai bile2....  nitez...

Monday, January 17, 2011

Berlari Bersama Bloglarian


Salam semua.

Bloglarian?? ape tu bloglarian??
ha, kalau korang nak tahu. Bloglarian ni la tempat selalu blogger2 lepak2.
mana tidaknya, kt sini korang boleh blogwalking banyak rumah tau!! dalam 1 page je.
xyah susah2 korang nk buka tabs byk2..
menarik kn?? jom join ramai2 jom!!


"Saya suka berblogwalking kerana ia bukan sahaja dapat memberi saya banyak informasi malah saya juga dapat berkenalan sesama blogger lain"

:tag:

Done!!

Friday, January 14, 2011

Aku dan Dirimu~

Aku??? Aku adalah aku.. Aku adalah anak ketujuh daripada 9 beradik.. Aku gembira menjdi diri aku. Aku seorang yang suka berkawan. X kisah p0m dengan sesiapapun.. Ada yang kata aku sombong, tapi hakikatnya tidak seperti itu. Aku bukan sombong,tetapi aku x yakin utk berhadapan dengan orang. Tapi sekarang aku dah berubah. Aku jadi sedikit berani.. Hanya sedikitkah?? Hahha.. Mungkin aku pertingkatkan lagi.. Sentiasa Praktis la jumpa orang.. Mungkin akan okay nanti.. Aku seorang yang bercita-cita tinggi. Yela, sampaikan abgku dan kakakku cakap akulah orang yang akan jadi ANDARTU.. Apa x nye, setiap kali tye dari sem 2 aku nak keje ape lepas ni.. AKU mesti jawab aku akan smbung MASTER n then PHD... N lastly aku akn kahwin.. Klu de jdoh la.. Hahaha... Dan korang taw x impian aku?? AKu nak kawin daripada pilihan kuarga.. haha! sebabnya aku x de calon lagi.. Hahaha.. SAL stdy lak, aku paling suka BIOLOGY dari sekolah agi.. N sekarang aku masih budak biologi! Alhamdulillah.. Aku ramai kawan taw.. Tapi ramai yang da makin lupakan aku.. h0ho! mungkin di0rg bz k0t... Sekarang aku di UMT!! Semakin dekat ngn rumah.. Biasalah dulu nun jauh di sana--> Kedah! Aku jenis yang suka terperuk lam bilik taw! N suka shopping bile bersama family! haha~~ MEnghabiskan duit! Jaat kan.. Tapi x lah jahat sgt.. Bukan selalu.. Hahaha!
AKu ketika masih bergelar 'student!!

AKU DAN DIRIMU~~ 

Aku dan dirimu~~ 
AKU DAN DIRIMU~~
AKU & MR PERFECT??? WHO DE MR.PERFECT?? ONLY ME NOE'S DAT!! =P
AKU syg kamu semua~~ Aku dan dirimu sepanjang masa.. BUkan kamu! Tapi kamu kamu kamu!!

Tuesday, January 4, 2011

Cinta itu sUbjeKtiF!!

sALam malam rabU semua..  Semoga hari ini kamu semua terus ceria dengan tugas dan peranan masing-masing dalam menjalani kehidupan seharian di dunia yang penuh dengan pancaroba dan karenahnya. Nak tak nak kehidupan itu mesti diteruskan jua walaupun rintangan dan dugaan yang datang meLanda.. 

Apa itu cinta??? Cinta itu subjektif! Banyak pndangan yang berbeza-beza dripada insan yang bergelar manusia di muka bumi ini tentg cinta! Subjektif ialah jawapan yang  berbeza2 x kira daripada mane2 aspek skalipun!  dan sebab itu cinta itu dikatakan subjektif. Tetapi walau apapun subjektif tentang cinta, maksud dan pengertian cinta lebih kepada matlamat yang sama iaitu perasaan kasih dan sayang.

Semua mahu disayangi.. Semua mahu dikasihi dengan kasih sayng... Baik dalam lagu mahupun sajak, puisi dan filem serta drama semuanya ingin menonjolkan pengertian cinta. Ada yang berkata cinta bermula dari pandangan mata dan turun ke hati seterusnya menusuk kalbu seseorang itu. Apakah benar yang dari mata turun ke hati itu dinamakan CINTA??? CINTA lah penyebb kite gembira... Cinta juga penyebab duka lara! CINTA juga penyebab kite bersemangat! Semua tentang cinta.. Btape sakitnya apabila cinta x berbalas... Betapa sakitnya pabila cinta dipermainkan... Betapa sakitnya bila CINTA dkotak-katikkan.. ITULAH sebenarnya CINTA! kita x sesekali boleh lari dari CINTA,.,, CINTa yg sejati susah dicapai! taPi CINTA inilah membawa kpada kbahgian yg nyata.. 



Bercinta adalah seronok! Bercinta juga sakit! SEmua orang pernah mengalami keadaan yang sama smasa CINTA itu hadir~ 
Situasi #1: kadang-kadang anda~~
  Sememangnya meminati seseorang di tempat kerja anda. Si dia pada mata pandangan anda memang seorang yang istimewa. Ya, anda ada bercakap dengan si dia namun ianya hanya hal kerja. 
Anda berniat untuk mengajaknya keluar. Anda telah mencuba beberapa kali namun bila berhadapan dengannya mulut mula tertutup kaku. Kaki mula terasa goyang dan akhirnya setelah beberapa bulan anda ingin mencuba tanpa melakukan apa-apa tindakan akhirnya anda melihat si dia dari jauh bersama dengan orang lain. Nak menyesal pun tidak berguna.

Situasi #2: kadang-kadang anda~~
Pernahkah anda alami dimana saat anda berada di sebuah majlis keramaian, pandangan mata anda terkunci di satu sudut ke arah seseorang. Anda terpesona buat seketika. Hati anda mula melonjak-lonjak untuk pergi berhadapan dengannya. 
Namun akhirnya anda sedar bahawa anda tidak mampu untuk melakukan apa-apa. Anda bukan setakat kecewa malah dalam hati anda akan berkata “Tak mungkin aku boleh bersama dengan dia…
 
Situasi #3: kadang2 juga ~~
Situasi ini pula lebih buruk lagi dimana anda sememangnya meminati si dia. Namun niat anda untuk mempunyai hubungan istimewa dengannya terpaksa disimpan kerana anda tidak berani untuk meluahkan apa isi hati anda. Si dia pula yang sememangnya juga menyukai anda dan tertunggu-tunggu bilakah anda akan meluahkan perasaan anda padanya. Si dia kecewa kerana anda masih tidak melakkukannya. 

Siapalah kita utk paksa orang untuk cintakan kita.. Siapa kita utk dicintai?? sIapa kita?? tya pda dri anda~
Cinta sememangnya indah bila dipupuk... Bila dijaga.. Bila disemai sehingga berdahan2, berdaun-daun dan berbunga-bunga.. Tetapi bila tdak dijaga maka layulah ia... Apabila layu maka semakin terhakis hati lerai.. Cinta satu pihak paling sakit.. Rela berkorban apa saja demi orang yang dicintai tetapi usaha itu lgsung x dipandang oleh satu pihak lagi.. Betapa luluhnya hati sang pria atau sang dara.. 

Cinta terlalu subjektif untuk ditafsirkan namun mempunyai satu arah yang sama. Ada orang berkata cinta mestilah di rebut, ada pula yang berkata cinta itu hadir tanpa kita sedar. Semuanya adalah betul, cinta bukan hak milik mutlak ke atas seorang individu tetapi ianya milik bersama yang patut dirasai bersama dan meletakkannya di tempat yang sepatutnya.
Jangan jadikan cinta itu sebagai alasan untuk menghalalkan yang haram, jangan jadikan cinta itu alasan untuk bermuram durja dan jangan hilang pertimbangan apabila merasai cinta. Sebaliknya gunakanlah pengertian cinta dalam konteks yang sebenar-benarnya. 

Orang akan melihat cinta itu dari satu sudut yang berbeza-beza dan bukan hanya sekadar melafaz i love u, saya cintakan awak. Sebaliknya hargailah cinta dengan menghayatinya dalam erti kata yang sebenar-benarnya cinta.

Monday, January 3, 2011

Salahkah kahwin sePupu???

Ramai orang beranggapan bahawa kahwin dengan sepupu boleh menyebabkan lahir anak-anak yang bebal, rumahtangga akan bermasalah, hubungan kekeluargaan akan tercalar dan lain-lain lagi persepsi buruk. Adakah terdapat bukti kepada pendapat-pendapat ini? Ataukah sekadar mahu mengelakkan keretakan hubungan kekeluargaan jika ditakdirkan berlaku perceraian?

Satu perkara yang dikhuwatiri ialah; kita mendapat dosa dengan sebab kita mendahului takdir dan menghukum kepada sesuatu perkara yang ghaib. Apa yang pasti sepupu perempuan adakah mereka yang halal dikahwini tanpa ada keraguan. Allah menjelaskan dalam surah an-Nisa ayat 23 bahawa mereka yang haram dinikahi adalah 7 golongan daripada nasab;

1) Ibu-ibu kandung
2) Anak perempuan kandung
3) Adik beradik kandung
4) Makcik-makcik sebelah ayah
5) Makcik-makcik sebelah ibu
6) Anak-anak perempuan adik@kakak kandung
7) Anak-anak perempuan adik@abang kandung.
Mereka yang diharamkan dengan sebab perkahwinan dan juga dengan sebab susuan, mereka adalah;
1) Ibu susuan.
2) Wanita sesusuan.
3) Ibu-ibu kepada si isteri.
4) Rabaib (anak-anak tiri).
5) Isteri kepada anak lelaki (menantu perempuan).
6) Menghimpunkan 2 adik beradik kepada si isteri dalam satu masa.
7) Isteri-isteri yang dinikahi oleh ayah.
8) Menghimpunkan antara si isteri dan makcik kepada si isteri. Imam Thohawi berkata; "Semua yang disebutkan adalah hukuman yang telah tetap pengharamannya tanpa khilaf menurut Ijma ulama".

Sepanjang pengetahuan saya, kahwin sepupu adalah adat kebiasaan yang berlaku dikebanyakkan masyarakat arab khasnya di Arab Saudi. Ini merupakan tradisi dan kebiasaan mereka sehinggalah ke zaman ini. Demikianlah Nabi Muhammad juga telah berkahwin dengan Zainab binti Jahsyin yang merupakan anak kepada makcik baginda sebelah ayah. Telah datang nas daripada al-Quran mengenai hal ini dalam surah Ahzab ayat 50:

((يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ إِنَّا أَحْلَلْنَا لَكَ أَزْوَاجَكَ اللَّاتِي آَتَيْتَ أُجُورَهُنَّ وَمَا مَلَكَتْ يَمِينُكَ مِمَّا أَفَاءَ اللَّهُ عَلَيْكَ وَبَنَاتِ عَمِّكَ وَبَنَاتِ عَمَّاتِكَ وَبَنَاتِ خَالِكَ وَبَنَاتِ خَالَاتِكَ اللَّاتِي هَاجَرْنَ مَعَكَ وَامْرَأَةً 
مُؤْمِنَةً إِنْ وَهَبَتْ نَفْسَهَا لِلنَّبِيِّ....))

Yang bermaksud: ((Wahai Nabi sesungguhnya kami telah halalkan kepadamu isteri-isterimu yang kamu berikan maharnya, dan kami halalkan wanita-wanita yang kamu miliki daripada apa yang Allah anugerahkan keatasmu, begitu juga dengan anak-anak perempuan pakcikmu dan makcikmu sebelah ayah, anak-anak perempuan pakcikmu dan makcikmu sebelah ibu yang mereka itu berhijrah bersamamu, serta wanita mukminah yang menghadiahkan dirinya untuk Nabi…))

Ibnu Kathir berkata dalam tafsirnya: "Maka ini adalah suatu keadilan dan kesederhanaan diantara yang terlalu melampau dan yang terlalu ambil mudah, sesungguhnya golongan nasrani tidak mengahwini perempuan kecuali jika diantara silelaki dan wanita itu punyai jarak perhubungan 7 keturunan ke atas. Sedangan yahudi pula mengahwini anak perempuan kepada adik@kakak perempuannya sendiri. Maka datang syariat islam yang sempurna lagi suci dengan menghapuskan sikap terlalu keras golongan nasrani dan sikap ambil mudah golongan yahudi".

"Islam tidak pernah menegah perkahwinan sepupu atau saudara-mara selain daripada kaum kerabat yang termasuk dalam kategori mahram. Mahram ialah ibu, nenek, anak perempuan, kakak, ibu saudara sebelah ibu dan bapa, ibu tiri, anak saudara, anak tiri, anak atau ibu susuan, ibu mertua, adik perempuan seibu sebapa dan sebagainya. (Rujuk Surah al-Nisak, ayat 23).

Sepupu tidak termasuk dalam kategori mahram dan tidak haram dikahwini. Rasulullah s.a.w pernah mengahwini sepupunya sendiri, iaitu Zainab binti al-Jahsy. Baginda juga pernah mengahwinkan anak baginda, iaitu Fatimah binti Muhammad dengan sepupu baginda, iaitu Ali bin Abu Thalib. Perkara yang sama diamalkan oleh ramai di kalangan para sahabat baginda.


Berhubung dengan pendapat yang mengatakan perkahwinan sepupu boleh menyebabkan lahirnya anak yang kurang cedik atau cacat, ia merupakan kemungkinan yang amat rendah. Berkahwin dengan wanita yang bukan kaum kerabat juga ada kemungkinan untuk mendapat anak cacat. 

"Hukum bernikah antara sepupu itu adalah sah disisi syarak dan tidak ada larangannya dalam agama.


Perkataan yang mengatakan hukumnya tidak sah atau dilarang dalam agama adalah salah.Cuma Nabi saw menganjurkan berkahwin dengan bukan sepupu dengan tujuan untuk meluaskan lagi kekeluargaan bukannya maksud nabi itu dengan tidak sah.

Ini adalah disebabkan jika kahwin dengan sepupu, kekeluargaan menjadi tidak luas dengan kerana keluarga kedua belah pihak sudah memangnya ada pertalian. Dengan mengahwini orang yang bukan sepupu maka kekeluargaan menjadi semakin berkembang dari kerana dua keluarga yang asalnya tiada pertalian jadi wujudnya pertalian dengan sebab kahwin tersebut.

Justeru kepercayaan karut dalam permasalahan ini wajib dihindari supaya keimanan kita terhadap Qoda' Qadar Allah Ta'ala tidak tercalar. Adalah suatu yang membimbangkan jika kepercayaan ini akhirnya membawa kepada satu dosa besar iaitu pengharaman suatu hukum yang halal!