Monday, January 3, 2011

Salahkah kahwin sePupu???

Ramai orang beranggapan bahawa kahwin dengan sepupu boleh menyebabkan lahir anak-anak yang bebal, rumahtangga akan bermasalah, hubungan kekeluargaan akan tercalar dan lain-lain lagi persepsi buruk. Adakah terdapat bukti kepada pendapat-pendapat ini? Ataukah sekadar mahu mengelakkan keretakan hubungan kekeluargaan jika ditakdirkan berlaku perceraian?

Satu perkara yang dikhuwatiri ialah; kita mendapat dosa dengan sebab kita mendahului takdir dan menghukum kepada sesuatu perkara yang ghaib. Apa yang pasti sepupu perempuan adakah mereka yang halal dikahwini tanpa ada keraguan. Allah menjelaskan dalam surah an-Nisa ayat 23 bahawa mereka yang haram dinikahi adalah 7 golongan daripada nasab;

1) Ibu-ibu kandung
2) Anak perempuan kandung
3) Adik beradik kandung
4) Makcik-makcik sebelah ayah
5) Makcik-makcik sebelah ibu
6) Anak-anak perempuan adik@kakak kandung
7) Anak-anak perempuan adik@abang kandung.
Mereka yang diharamkan dengan sebab perkahwinan dan juga dengan sebab susuan, mereka adalah;
1) Ibu susuan.
2) Wanita sesusuan.
3) Ibu-ibu kepada si isteri.
4) Rabaib (anak-anak tiri).
5) Isteri kepada anak lelaki (menantu perempuan).
6) Menghimpunkan 2 adik beradik kepada si isteri dalam satu masa.
7) Isteri-isteri yang dinikahi oleh ayah.
8) Menghimpunkan antara si isteri dan makcik kepada si isteri. Imam Thohawi berkata; "Semua yang disebutkan adalah hukuman yang telah tetap pengharamannya tanpa khilaf menurut Ijma ulama".

Sepanjang pengetahuan saya, kahwin sepupu adalah adat kebiasaan yang berlaku dikebanyakkan masyarakat arab khasnya di Arab Saudi. Ini merupakan tradisi dan kebiasaan mereka sehinggalah ke zaman ini. Demikianlah Nabi Muhammad juga telah berkahwin dengan Zainab binti Jahsyin yang merupakan anak kepada makcik baginda sebelah ayah. Telah datang nas daripada al-Quran mengenai hal ini dalam surah Ahzab ayat 50:

((يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ إِنَّا أَحْلَلْنَا لَكَ أَزْوَاجَكَ اللَّاتِي آَتَيْتَ أُجُورَهُنَّ وَمَا مَلَكَتْ يَمِينُكَ مِمَّا أَفَاءَ اللَّهُ عَلَيْكَ وَبَنَاتِ عَمِّكَ وَبَنَاتِ عَمَّاتِكَ وَبَنَاتِ خَالِكَ وَبَنَاتِ خَالَاتِكَ اللَّاتِي هَاجَرْنَ مَعَكَ وَامْرَأَةً 
مُؤْمِنَةً إِنْ وَهَبَتْ نَفْسَهَا لِلنَّبِيِّ....))

Yang bermaksud: ((Wahai Nabi sesungguhnya kami telah halalkan kepadamu isteri-isterimu yang kamu berikan maharnya, dan kami halalkan wanita-wanita yang kamu miliki daripada apa yang Allah anugerahkan keatasmu, begitu juga dengan anak-anak perempuan pakcikmu dan makcikmu sebelah ayah, anak-anak perempuan pakcikmu dan makcikmu sebelah ibu yang mereka itu berhijrah bersamamu, serta wanita mukminah yang menghadiahkan dirinya untuk Nabi…))

Ibnu Kathir berkata dalam tafsirnya: "Maka ini adalah suatu keadilan dan kesederhanaan diantara yang terlalu melampau dan yang terlalu ambil mudah, sesungguhnya golongan nasrani tidak mengahwini perempuan kecuali jika diantara silelaki dan wanita itu punyai jarak perhubungan 7 keturunan ke atas. Sedangan yahudi pula mengahwini anak perempuan kepada adik@kakak perempuannya sendiri. Maka datang syariat islam yang sempurna lagi suci dengan menghapuskan sikap terlalu keras golongan nasrani dan sikap ambil mudah golongan yahudi".

"Islam tidak pernah menegah perkahwinan sepupu atau saudara-mara selain daripada kaum kerabat yang termasuk dalam kategori mahram. Mahram ialah ibu, nenek, anak perempuan, kakak, ibu saudara sebelah ibu dan bapa, ibu tiri, anak saudara, anak tiri, anak atau ibu susuan, ibu mertua, adik perempuan seibu sebapa dan sebagainya. (Rujuk Surah al-Nisak, ayat 23).

Sepupu tidak termasuk dalam kategori mahram dan tidak haram dikahwini. Rasulullah s.a.w pernah mengahwini sepupunya sendiri, iaitu Zainab binti al-Jahsy. Baginda juga pernah mengahwinkan anak baginda, iaitu Fatimah binti Muhammad dengan sepupu baginda, iaitu Ali bin Abu Thalib. Perkara yang sama diamalkan oleh ramai di kalangan para sahabat baginda.


Berhubung dengan pendapat yang mengatakan perkahwinan sepupu boleh menyebabkan lahirnya anak yang kurang cedik atau cacat, ia merupakan kemungkinan yang amat rendah. Berkahwin dengan wanita yang bukan kaum kerabat juga ada kemungkinan untuk mendapat anak cacat. 

"Hukum bernikah antara sepupu itu adalah sah disisi syarak dan tidak ada larangannya dalam agama.


Perkataan yang mengatakan hukumnya tidak sah atau dilarang dalam agama adalah salah.Cuma Nabi saw menganjurkan berkahwin dengan bukan sepupu dengan tujuan untuk meluaskan lagi kekeluargaan bukannya maksud nabi itu dengan tidak sah.

Ini adalah disebabkan jika kahwin dengan sepupu, kekeluargaan menjadi tidak luas dengan kerana keluarga kedua belah pihak sudah memangnya ada pertalian. Dengan mengahwini orang yang bukan sepupu maka kekeluargaan menjadi semakin berkembang dari kerana dua keluarga yang asalnya tiada pertalian jadi wujudnya pertalian dengan sebab kahwin tersebut.

Justeru kepercayaan karut dalam permasalahan ini wajib dihindari supaya keimanan kita terhadap Qoda' Qadar Allah Ta'ala tidak tercalar. Adalah suatu yang membimbangkan jika kepercayaan ini akhirnya membawa kepada satu dosa besar iaitu pengharaman suatu hukum yang halal!

Thursday, December 23, 2010

' HaVe a niCe day '

Bangun jew dari tidur, kita sememangnya mengharapkan sesuatu yang baik... Tiada orang yang mahu dalam kesusahan... Kadang-kadang kite berdoa utk kuat.. Tapi banyak pula dugaan yang datang.. Kadang-kadang kita minta untuk jadi pandai... Tapi.... Banyak pula masalah yang bertandang.... Kadang-kadang kita minta untuk bahagia... Tetapi.... Huru-hara pula yang menjelang....

Kita harus redha dengan ini semua.. Tidak semua yang kita inginkan kita akan dapat.. Dugaan datang bertubi-tubi... Kita tidak harus menyalahkan semua ini.. Kerana.... Dugaanlah menjadikan mental kita kuat, masalahlah menjadikan kita berfikir dan terus berfikir.... Huru hara membuat kita tabah!

SUBHANALLAH!!
Betapa hebatnya ALLAH.. Semua aturannya ada hikmah yang tersembunyi yang x tertanding nilainya...

Walau apa pun yang berlaku.. Kita harus sedar dan berpikir ini adalah semua ketentuan dari ALLAH.. Tiada yang lebih berkuasa selain dari-Nya di dunia ini.. Hari yang baik... Kesihatan, Kegembiraan, Kasih sayang, Ilmu pelajaran semuanya adalah dari-Nya.. Kita sebagai hambanya haruslah terus berdoa untuk yang terbaik bagi hidup kita..

Hidup tidak akan sesekali bahagia tanpa orang disisi.. 
Ibu bapa, keluarga, kawan-kawan amat penting dalam kehidupan.. 
Tanpa ibu bapa, siapalah kita.. Tanpa kawan, hidup xkan seceria orang lain.. Bagiku ibu bapa dan keluarga adalah segala-galanya... Hidup penuh onak duri... Haruspun begitu, hidup harus diteruskan.. Kerana aku hidup keraNa ALLAH...

Apa-apapun bila kita ada masalah dan kesempitan.. Kita haruslah berdoa dan berusaha.. Dan sebagai seorang perempuan kita haruslah SENYUM! Kerana senyum adalah penawar bagi segala kepahitan... 



SMILE...... =)                    


SENYUM ADALAH PENAWAR KEPAHITAN
SAYA BAHAGIA DENGAN HIDUP SAYA.....

Monday, December 20, 2010

Trying not to be controlled by others

The subject of love has inspired poets, writers, those lucky in love as well as who have been passed over by Cupid, to comment on in memorable quotations. Wise quotes, funny quotes, bitter quotes, profound quotes, silly quotes and it seems as if everyone has something to say on the the subject. 

Pink rose 
"When you love someone, all your saved-up wishes start coming out."






One of the most thoughtful -- and most expensive gifts -- one lover can give to another a letter, chocolates, roses n others flowers that expresses how one feels about the other.     
     Imagine finding such a missive on your pillow one night. Not only would it affirm your love for the moment; it would be a treasure to preserve for a lifetime. And it can also do wonders to soothe a hurt after a fight or misunderstanding.

    BUT... Love not always make u sMiLe.. Happy... NOT ACTUALLY!! Only one love maKe u haPPy forever n ever!! dat's are Love for ALLAH n ur parents... But.. Love for s0meone who's n0thing f0r you juz onLy makes u hurts!! when both of u are fight.... Wat actually cause a lover are fight?? There are misunderstanding!! There are also when there are no trustful to each other!! One lover also trying control their couples... 

So man!! st0p controlled me!! 

Stop asking me where to go, what to feel, who to be....!! 
Don’t trap me in this cage, let me go, set me free. I want to flutter like a butterfly, sing like a bird
Sail the raging ocean, to talk and then be heard.
I want to learn the art lf loving, feel like the others...
Hold a body close, to know the love I miss
Why not let me live, speak the words I have to say
Are you scared I might repeat, tales of yesterday
For tortured souls do talk, of pain they once endured
And all will pay their penance, that I can assure.


set me free.... I want to free.... N noW i'm free.... 

I'm haPPy n0w with0ut y0u... I'm happy n0w with ur l0VE.... ALLAH....


Sunday, December 12, 2010

saLam semua! wah.. da Lme x jenguk2 blog nih.. Bukan pe.. saya sangat malas maw taip2 nih.. hihi!
seminggu berLalu.... seMua da puLang ke kg halaman masing2 sempena cuti sem nih.. hoho! taPi masih de yang ketinggalan kaT UMT tuh.. hoho! bese la,perLu menjalankan tugas masing2.. haha!

tanggaL 11 hb 11 stat first papEr! PeperanGan bermula! huhu.. paGi petang siang malam aku berulang-alik ke kafe ngan bela n kwan yg lain! aku sgt suka bella! blaja k0nsisten n biJak! skrg aKu da benar2 suka stdy gr0up.. bgus sebenarnya stdy group.. byangkanlah bertimbun2 kena baca.. first paper--->> academic writg.. haha! kUL 10 malam masih x taw nak stdy pe.. s0, kami stay la kt kafe dengan xtaw pape.. n last minute in dat day, akU dpat idea yg akn masuk sok adlah sal 'SOCIAL NETWORKING'... then, gtaw la semua yg de kat situ suh bace semua sal menda tuh.. haha! berdebar juga kot2 x masuk taPi ..... jeng3x! hahaha... keesokan arinya.. betapa gumbiranya ati ini bile soalan tuh masuk! wah... bangga den! huk3x... x baik x baik.. haha!


 ntah ape beLa buat masa malam 1st test! buntu x taw pe nak bace.. huk3x...
Ngah xtaw nak bace ape

owh... ye kew??? 'social networking???? okok.... haha!




stat paper seterusnya kami puLun abes nih! macam2 kitrg buat! haha.. giler k0t! GIS, EKOTROP, EKOPOP, BIO BIAK LAK.. setiap detik setiap ketika kami berulang alik ke librry n kafe utk discuss semua tuh! klu x stdy group cnfem x dpat.. aku bersyukur sebb kwan2 membantu... dari pagi ke petang.. petang ke malam.. hmm.. haha! sgt best juga sebenarnya.. tiba jew detik 1 pagi.. kami da blank gile2... x boleh masuk da.. hmm.. n lastly! aLhamdullillah.. bile tggal subjek taxon jew.. haha...

N LASTLY.... TAXONOMY!!
malam ni x leh bla.. hahaha!! balik jew dari kafe kul 2,3 pagi.. aku rse cam aku xtaw pape... x de pape lam otak aku nih.. then, aku bgun stdy balik.. nasib baik de satu hari lagi... sok tibe masa kitrg ulangkaji sorang2 je masing2.. stat pagi stdy sampai mlam.. kul 9 malam aku dah x boleh nak stdy.. aku tido.. aku terbgun kul 11.. bukak je mata nangis.. haha! lawak! semakin lame semakin kuat sampaikan rumet aku diam n tutup lagu.. sebb masa tuh dye ngah dgar radio.. aku x leh than da... aku kol ayah aku then, cakap nangis sekuat ati.. merapu x tentu hala.. berkat nasihat n luahkan pe yg ptut kat ayah aku.. aku kembali normal.. Lega cikit... then.. aku tido.. bgun pagi sok aku ilangkaji sikit... masuk dewan! TAWAKAL.. wah! sebijik soalan sama yg aku hafal.. Alhamdullillah.. syukur sgt2..


study taxon kat bilik

dah x boleh masuk lagi da... then! tido

buku berselerak! nota2... :)
then... semua berLALU... gumbira!! tibe masa utk bergambar! bersnapshot! huhu~~~






biodi forever! semuA DA pulang... tggu masa utk sem 4~~~ syg biodi! =)
see ya~~~

Monday, September 13, 2010

Bercouple Dan Etika Pergaulan Lelaki dan Wanita Dalam Islam.



Istilah BerCOUPLE sangat popular pada dewasa ini. Bila melihat sepasang “couple” yang sedang berjalan, berpimpin tangan, berpelukan dan bercium-ciuman, perkara itu dah menjadi kebiasaan, sebab dari kecil dah diracuni dengan rancangan televisyen yang mempunyai unsur-unsur “pergaulan bebas”. BerCOUPLE zaman sekarang dikaitkan dengan cinta, saling mencintai, cinta sama cinta atau cinta berlandaskan Islam dan akhirnya membawa kepada maksiat dan pembuangan bayi, kenapa perkara ini berlaku? Di mana silapnya?.. sebelum diperjelaskan tentang COUPLE dengan lebih jauh, kita kena tahu apakah etika pergaulan dan batas pergaulan di antara lelaki dan wanita MENURUT ISLAM!

ETIKA PERGAULAN DAN BATAS PERGAULAN DI ANTARA LELAKI DAN WANITA MENURUT ISLAM.

1.Menundukkan pandangan: ALLAH memerintahkan kaum lelaki untuk menundukkan pandangannya, sebagaimana firman- NYA;
Katakanlah kepada laki-laki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. (an- Nuur: 30)
Sebagaimana hal ini juga diperintahkan kepada kaum wanita beriman, ALLAH berfirman;
Dan katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. (an- Nuur: 31)

2.Menutup Aurat: ALLAH berfirman;
dan jangan lah mereka mennampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka melabuhkan kain tudung ke dadanya. (an-Nuur: 31)
Juga Firman-NYA; Hai nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri- isteri orang mukmin: Hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenali, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan ALLAH adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (an-Nuur: 59).

Perintah menutup aurat juga berlaku bagi semua jenis. Dari Abu Daud Said al-Khudri r.a. berkata: Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seseorang lelaki memandang aurat lelaki, begitu juga dengan wanita jangan melihat aurat wanita.

3.Adanya pembatas antara lelaki dengan wanita; Kalau ada sebuah keperluan terhadap kaum yang berbeza jenis, harus disampaikan dari balik tabir pembatas. Sebagaimana firman-NYA;
Dan apabila kalian meminta sesuatu kepada mereka (para wanita) maka mintalah dari balik hijab. (al-Ahzaab: 53)

4.Tidak berdua-duaan Di Antara Lelaki Dan Perempuan; Dari Ibnu Abbas r.a. berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya. (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim) Dari Jabir bin Samurah berkata; Rasulullah SAW bersabda: Janganlah salah seorang dari kalian berdua-duan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya. (Hadis Riwayat Ahmad & Tirmidzi dengan sanad yang sahih)

5.Tidak Melunakkan Ucapan (Percakapan): Seorang wanita dilarang melunakkan ucapannya ketika berbicara selain kepada suaminya. Firman ALLAH SWT;
Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara (berkata-kata yang menggoda) sehingga berkeinginan orang yang ada penyakit di dalam hatinya tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik. (al-Ahzaab: 32)
Berkata Imam Ibnu Kathir; Ini adalah beberapa etika yang diperintahkan oleh ALLAH kepada para isteri Rasulullah SAW serta kepada para wanita mukminah lainnya, iaitu hendaklah dia kalau berbicara dengan orang lain tanpa suara merdu, dalam pengertian janganlah seorang wanita berbicara dengan orang lain sebagaimana dia berbicara dengan suaminya. (Tafsir Ibnu Kathir 3/350)

6.Tidak Menyentuh Kaum Berlawanan Jenis; Dari Maqil bin Yasar r.a. berkata; Seandainya kepala seseorang ditusuk dengan jarum besi itu masih lebih baik daripada menyentuh kaum wanita yang tidak halal baginnya. (Hadis Hasan Riwayat Thabrani dalam Mujam Kabir) Berkata Syaikh al-Abani Rahimahullah; Dalam hadis ini terdapat ancaman keras terhadap orang- orang yang menyentuh wanita yang tidak halal baginya. (Ash-Shohihah 1/448) Rasulullah SAW tidak pernah menyentuh wanita meskipun dalam saat-saat penting seperti membaiat dan lain- lainnya. Dari Aishah berkata; Demi ALLAH, tangan Rasulullah tidak pernah menyentuh tangan wanita sama sekali meskipun saat membaiat. (Hadis Riwayat Bukhari)


Inilah sebahagian etika pergaulan lelaki dan wanita selain mahram, yang mana apabila seseorang melanggar semuanya atau sebahagiannya saja akan menjadi dosa zina baginya, sebagaimana sabda Rasulullah SAW; Dari Abu Hurairah r.a. dari Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya ALLAH menetapkan untuk anak adam bahagiannya dari zina, yang pasti akan mengenainya. Zina mata dengan memandang, zina lisan dengan berbicara, sedangkan jiwa berkeinginan serta berangan- angan, lalu farji yang akan membenarkan atau mendustakan semuanya. (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim & Abu Daud) Padahal ALLAH SWT telah melarang perbuatan zina dan segala sesuatu yang boleh mendekati kepada perbuatan zina. Sebagaimana Firman- NYA;

Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan jalan yang buruk. (al-Isra: 32)

Hukum Bercouple SETELAH memerhatikan ayat dan hadis tadi, maka tidak diragukan lagi bahawa bercouple itu haram, kerana beberapa sebab berikut:

1.Orang yang bercouple tidak mungkin menundukkan pandangannya terhadap kekasihnya.
2.Orang yang bercouple tidak akan boleh menjaga hijab.
3.Orang yang bercouple biasanya sering berdua-duaan dengan pasangan kekasihnya, baik di dalam rumah atau di luar rumah.
4.Wanita akan bersikap manja dan mendayukan suaranya saat bersama kekasihnya.
5.Bercouple identik dengan saling menyentuh antara lelaki dan wanita, meskipun itu hanya berjabat tangan.
6.Orang yang bercouple, boleh dipastikan selalu membayangkan orang yang dicintainya.

Dalam kamus bercouple, hal-hal tersebut adalah lumrah dilakukan, padahal satu hal saja cukup untuk mengharamkannya, lalu apatah lagi kesemuanya atau yang lain-lainnya lagi?

Fatwa Ulama Syaikh Muhammad bin Shaleh al-Utsaimin ditanya tentang hubungan cinta sebelum nikah. Jawab beliau;

“Jika hubungan itu sebelum nikah, baik sudah lamaran atau belum, maka hukumnya adalah haram, kerana tidak boleh seseorang untuk bersenang-senang dengan wanita asing (bukan mahramnya) baik melalui ucapan, memandang, atau berdua-duaan. Sebagaimana Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seorang lelaki bedua-duaan dengan seorang wanita kecuali ada bersama- sama mahramnya, dan janganlah seseorang wanita berpergian kecuali bersama mahramnya.”

Syaikh Abdullah bin abdur Rahman al-Jibrin ditanya; Jika ada seseorang lelaki yang berkoresponden dengan seorang wanita yang bukan mahramnya, yang pada akhirnya mereka saling mencintai, apakah perbuatan itu haram? Jawab beliau;

“Perbuatan itu tidak diperbolehkan, kerana boleh menimbulkan syahwat di antara keduanya, serta mendorongnya untuk bertemu dan berhubungan, yang mana koresponden semacam itu banyak menimbulkan fitnah dan menanamkan dalam hati seseorang untuk mencintai penzinaan yang akan menjerumuskan seseorang pada perbuatan yang keji, maka dinasihati kepada setiap orang yang menginginkan kebaikan bagi dirinya untuk menghindari surat-suratan, pembicaraan melalui telefon, serta perbuatan semacamnya demi menjaga agama dan kehormatan dirinya.”
Syaikh Jibrin juga ditanya; Apa hukumnya kalau ada seorang pemuda yang belum menikah menelefon gadis yang juga belum menikah? Jawab beliau;
“Tidak boleh berbicara dengan wanita asing (bukan mahram) dengan pembicaraan yang boleh menimbulkan syahwat, seperti rayuan, atau mendayukan suara (baik melalui telefon atau lainnya). Sebagaimana firman ALLAH SWT; Dan janganlah kalian melembutkan suara, sehingga berkeinginan orang-orang yang berpenyakit di dalam hatinya. (al-Ahzaab: 32). Adapun kalau pembicaraan itu untuk sebuah keperluan, maka hal itu tidak mengapa apabila selamat daripada fitnah, akan tetapi hanya sekadar keperluan.”
Syubhat Dan Jawapan Yang Sebenarnya Keharaman bercouple lebih jelas dari matahari di siang hari. Namun begitu masih ada yang berusaha menolaknya walaupun dengan dalil yang sangat rapuh, antaranya: Tidak Boleh dikatakan semua cara bercouple itu haram, kerana mungkin ada orang yang bercouple mengikut landasan Islam, tanpa melanggar syariat Jawabnya: Istilah bercouple berlandaskan Islam itu Cuma ada dalam khayalan, dan tidak pernah ada wujudnya. Anggap sajalah mereka boleh menghindari khalwat, menyentuh serta menutup aurat. Tetapi tetap tidak akan boleh menghindari dari saling memandang, atau saling membayangkan kekasihnya dari masa ke semasa. Yang mana hal itu jelas haram berdasarkan dalil yang kukuh.

Biasanya sebelum memasuki alam perkahwinan, perlu untuk mengenal terlebih dahulu calon pasangan hidupnya, fizikal, karaktor, yang mana hal itu tidak akan boleh dilakukan tanpa bercouple, kerana bagaimanapun juga kegagalan sebelum menikah akan jauh lebih ringan daripada kalau terjadi setelah menikah. Jawabnya: Memang, mengenal fizikal dan karaktor calon isteri mahupun suami merupakan satu hal yang diperlukan sebelum memasuki alam pernikahan, agar tidak ada penyesalan di kemudian hari. Namun, tujuan ini tidak boleh digunakan untuk menghalalkan sesuatu yang telah sedia haramnya. Ditambah lagi, bahawa orang yang sedang jatuh cinta akan berusaha bertanyakan segala yang baik dengan menutupi kekurangannya di hadapan kekasihnya. Juga orang yang sedang jatuh cinta akan menjadi buta dan tuli terhadap perbuatan kekasihnya, sehingga akan melihat semua yang dilakukannya adalah kebaikan tanpa cacat. Sebagaimana diriwayatkan dari Abu Darda; Cintamu pada sesuatu membuatmu buta dan tuli.

Fenomena Couple Dalam situasi terkini, fenomena pergaulan bebas dan pengabaian terhadap nilai-nilai murni Islam berlaku pada tahap yang amat membimbangkan. Kebanyakan umat Islam kini tidak lagi menitik beratkan nilai-nilai dan adab-adab sopan yang dianjurkan oleh Islam melalui al-Quran dan sunnah rasul-NYA. Mereka bukan setakat mengabaikannya dan menganggap perkara itu tidak penting, bahkan mereka menganggapkannya sebagai satu perkara yang menyusahkan aktiviti mereka yang menurutkan nafsu dan perasaan semata-mata itu. Nauzubillah Marilah kita sama-sama menjauhi perkara yang seumpama itu dan mejauhi hal-hal yang telah dilarang (haram). Tegakkanlah yang benar dan katakanlah salah kepada yang batil. Janganlah berhujah untuk membenarkan perkara yang telah terang haramnya di sisi ALLAH.

Sesungguhnya pintu taubat Allah terbuka luas untuk hambanya yang melakukan dosa. Bertaubatlah selagi masih sempat, dan 10 Ramadhan terakhir ini, Allah menjanjikan hambaNya yang menmanafaat 10 malam akhir ini dengan bebas dari api neraka, sesungguhnya Allah tidak pernah memungkiri janji..Selamat Berbuka Semua..


Saturday, September 11, 2010

~~ ape salahKu ~~

tax0n2... arini aku mmg bermood glew nk stdy taXon tnpa d mslah pape.. stat jam 9 smpai la kul 1 td.. kjap2 stdy rehat jap bkak la fb... tp x chat p0m.. juz tgok2 je.. akU x taw nape jd gtu.. pe slah akU sbnrnye? adakah dye sudah memBenci driku?? slahke klU aku ckap aKu sgt senang kwn ngn dye? akU akui aku da mUla suka kt dye.. tp x la smpai nak dye.. akU juz aggp dye kwan je.. memg akU juga akui akU salu je komen kt wall dye, menyibUk kt wall dye tp pe salah aku?? sbelum nih ok je ngn dye.. tp sjak 2,3 ari nih lgsg ye x blas msej aku.. tp tu smUa aku x heran p0m.. tp aku agak terasa sgt2 sal nih.. nape dye block aku sbg kwan dye??? mUle2 aku ingtkan juz silap line fb je td.. akU tenangkan ati aku juga dengan ckap mgkin dye d msalah n deactive fb dye.. paStu aku stat la stdy ag.. tp aku x leh stdy! lgsg x fOkus.. lgsg x! pkiran aku berpikir kenapa jdi bgini... akU sgt heran sbnrnye.. pastU aku tgok kwan aku ngh 0n9... tbe2 trase nk suh dye taip name tuh n tg0k.. btapa kcewanya aku ble kwan aku tuh ckap dpat je bkak n d fb dye tuh... akU tergamam n kaku sketika.. nih bermkna dye bl0ck fb dye dr dicer0bohi oleh aku.. btapa luluhnye ati aku ble kwan bUang kwan.. pe slah aku sbnrny?? akU taw la aku sape.. akU x berniat p0m nk komen2 n menyibuk di stiap mse pd wall dye... itu smua suka2 sb bosan n nk graw n sembang2.. akU x pnh trase ble aku msej dye brape byak kali dye x blas.. tp nape dye buat aku gni?? pe salah aku sbnrny?????????????????!!!!! 

Wednesday, September 8, 2010

~~ teSt2~~ rayer2~~

hari ni rse cm penink sgt2.. taX0n2.. y u must be taken! uhh.. sUsah2 p0m kna pkir tuh khendak aku sbenarnye.. pe nk bUat.. da memg kna amek juga.. aku juga yg beria2 nak.. takut p0m d.. tkut pe?? repeat paper tax0n.. oh.. nop! don think like dat.. belieVe urself! u can d0 it.. janji?? stUdy! stUdy n stdy.. rite!! mindset is imp0rtant! akU jgak jd motivator kt kengkawan tp nape aku hrus lemah?? tidak! tidak! kau harUs kuat.. biaPun byak kje nk bUat lantak la.. stUdy kna jgak taw.. hehe~~ merePek pe ntah aku nih..


emm... Sal rye lak... taUn ni x best sgt sb d sbb tertentU x blik kg.. smUa blik kg pg sOk.. tp pe2 p0m, best.. my mUm say she want to making a satay! yah000!! beSt.. da lme x mkan satay yg my mUm buat.. satay ma terkenal kt sni ktika dahulu.. da lme x bUat sb ktenya letih, x d 0rg nk tlg cucuk.. kak aku yg salU buat kje nih dulu da kawin da.. tp pape p0m sok aku akn ambil alih tuk cucuk satay tuh! hehe.. mesti beSt.. ppe p0m.. rye is rye.. study juga perlu!! =)