Tuesday, January 4, 2011

Cinta itu sUbjeKtiF!!

sALam malam rabU semua..  Semoga hari ini kamu semua terus ceria dengan tugas dan peranan masing-masing dalam menjalani kehidupan seharian di dunia yang penuh dengan pancaroba dan karenahnya. Nak tak nak kehidupan itu mesti diteruskan jua walaupun rintangan dan dugaan yang datang meLanda.. 

Apa itu cinta??? Cinta itu subjektif! Banyak pndangan yang berbeza-beza dripada insan yang bergelar manusia di muka bumi ini tentg cinta! Subjektif ialah jawapan yang  berbeza2 x kira daripada mane2 aspek skalipun!  dan sebab itu cinta itu dikatakan subjektif. Tetapi walau apapun subjektif tentang cinta, maksud dan pengertian cinta lebih kepada matlamat yang sama iaitu perasaan kasih dan sayang.

Semua mahu disayangi.. Semua mahu dikasihi dengan kasih sayng... Baik dalam lagu mahupun sajak, puisi dan filem serta drama semuanya ingin menonjolkan pengertian cinta. Ada yang berkata cinta bermula dari pandangan mata dan turun ke hati seterusnya menusuk kalbu seseorang itu. Apakah benar yang dari mata turun ke hati itu dinamakan CINTA??? CINTA lah penyebb kite gembira... Cinta juga penyebab duka lara! CINTA juga penyebab kite bersemangat! Semua tentang cinta.. Btape sakitnya apabila cinta x berbalas... Betapa sakitnya pabila cinta dipermainkan... Betapa sakitnya bila CINTA dkotak-katikkan.. ITULAH sebenarnya CINTA! kita x sesekali boleh lari dari CINTA,.,, CINTa yg sejati susah dicapai! taPi CINTA inilah membawa kpada kbahgian yg nyata.. 



Bercinta adalah seronok! Bercinta juga sakit! SEmua orang pernah mengalami keadaan yang sama smasa CINTA itu hadir~ 
Situasi #1: kadang-kadang anda~~
  Sememangnya meminati seseorang di tempat kerja anda. Si dia pada mata pandangan anda memang seorang yang istimewa. Ya, anda ada bercakap dengan si dia namun ianya hanya hal kerja. 
Anda berniat untuk mengajaknya keluar. Anda telah mencuba beberapa kali namun bila berhadapan dengannya mulut mula tertutup kaku. Kaki mula terasa goyang dan akhirnya setelah beberapa bulan anda ingin mencuba tanpa melakukan apa-apa tindakan akhirnya anda melihat si dia dari jauh bersama dengan orang lain. Nak menyesal pun tidak berguna.

Situasi #2: kadang-kadang anda~~
Pernahkah anda alami dimana saat anda berada di sebuah majlis keramaian, pandangan mata anda terkunci di satu sudut ke arah seseorang. Anda terpesona buat seketika. Hati anda mula melonjak-lonjak untuk pergi berhadapan dengannya. 
Namun akhirnya anda sedar bahawa anda tidak mampu untuk melakukan apa-apa. Anda bukan setakat kecewa malah dalam hati anda akan berkata “Tak mungkin aku boleh bersama dengan dia…
 
Situasi #3: kadang2 juga ~~
Situasi ini pula lebih buruk lagi dimana anda sememangnya meminati si dia. Namun niat anda untuk mempunyai hubungan istimewa dengannya terpaksa disimpan kerana anda tidak berani untuk meluahkan apa isi hati anda. Si dia pula yang sememangnya juga menyukai anda dan tertunggu-tunggu bilakah anda akan meluahkan perasaan anda padanya. Si dia kecewa kerana anda masih tidak melakkukannya. 

Siapalah kita utk paksa orang untuk cintakan kita.. Siapa kita utk dicintai?? sIapa kita?? tya pda dri anda~
Cinta sememangnya indah bila dipupuk... Bila dijaga.. Bila disemai sehingga berdahan2, berdaun-daun dan berbunga-bunga.. Tetapi bila tdak dijaga maka layulah ia... Apabila layu maka semakin terhakis hati lerai.. Cinta satu pihak paling sakit.. Rela berkorban apa saja demi orang yang dicintai tetapi usaha itu lgsung x dipandang oleh satu pihak lagi.. Betapa luluhnya hati sang pria atau sang dara.. 

Cinta terlalu subjektif untuk ditafsirkan namun mempunyai satu arah yang sama. Ada orang berkata cinta mestilah di rebut, ada pula yang berkata cinta itu hadir tanpa kita sedar. Semuanya adalah betul, cinta bukan hak milik mutlak ke atas seorang individu tetapi ianya milik bersama yang patut dirasai bersama dan meletakkannya di tempat yang sepatutnya.
Jangan jadikan cinta itu sebagai alasan untuk menghalalkan yang haram, jangan jadikan cinta itu alasan untuk bermuram durja dan jangan hilang pertimbangan apabila merasai cinta. Sebaliknya gunakanlah pengertian cinta dalam konteks yang sebenar-benarnya. 

Orang akan melihat cinta itu dari satu sudut yang berbeza-beza dan bukan hanya sekadar melafaz i love u, saya cintakan awak. Sebaliknya hargailah cinta dengan menghayatinya dalam erti kata yang sebenar-benarnya cinta.

1 comment:

  1. wahhh.. dahsyat gile ayat.. ley wat novel ni.. huhhuhuhu..

    ReplyDelete