Monday, January 3, 2011

Salahkah kahwin sePupu???

Ramai orang beranggapan bahawa kahwin dengan sepupu boleh menyebabkan lahir anak-anak yang bebal, rumahtangga akan bermasalah, hubungan kekeluargaan akan tercalar dan lain-lain lagi persepsi buruk. Adakah terdapat bukti kepada pendapat-pendapat ini? Ataukah sekadar mahu mengelakkan keretakan hubungan kekeluargaan jika ditakdirkan berlaku perceraian?

Satu perkara yang dikhuwatiri ialah; kita mendapat dosa dengan sebab kita mendahului takdir dan menghukum kepada sesuatu perkara yang ghaib. Apa yang pasti sepupu perempuan adakah mereka yang halal dikahwini tanpa ada keraguan. Allah menjelaskan dalam surah an-Nisa ayat 23 bahawa mereka yang haram dinikahi adalah 7 golongan daripada nasab;

1) Ibu-ibu kandung
2) Anak perempuan kandung
3) Adik beradik kandung
4) Makcik-makcik sebelah ayah
5) Makcik-makcik sebelah ibu
6) Anak-anak perempuan adik@kakak kandung
7) Anak-anak perempuan adik@abang kandung.
Mereka yang diharamkan dengan sebab perkahwinan dan juga dengan sebab susuan, mereka adalah;
1) Ibu susuan.
2) Wanita sesusuan.
3) Ibu-ibu kepada si isteri.
4) Rabaib (anak-anak tiri).
5) Isteri kepada anak lelaki (menantu perempuan).
6) Menghimpunkan 2 adik beradik kepada si isteri dalam satu masa.
7) Isteri-isteri yang dinikahi oleh ayah.
8) Menghimpunkan antara si isteri dan makcik kepada si isteri. Imam Thohawi berkata; "Semua yang disebutkan adalah hukuman yang telah tetap pengharamannya tanpa khilaf menurut Ijma ulama".

Sepanjang pengetahuan saya, kahwin sepupu adalah adat kebiasaan yang berlaku dikebanyakkan masyarakat arab khasnya di Arab Saudi. Ini merupakan tradisi dan kebiasaan mereka sehinggalah ke zaman ini. Demikianlah Nabi Muhammad juga telah berkahwin dengan Zainab binti Jahsyin yang merupakan anak kepada makcik baginda sebelah ayah. Telah datang nas daripada al-Quran mengenai hal ini dalam surah Ahzab ayat 50:

((يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ إِنَّا أَحْلَلْنَا لَكَ أَزْوَاجَكَ اللَّاتِي آَتَيْتَ أُجُورَهُنَّ وَمَا مَلَكَتْ يَمِينُكَ مِمَّا أَفَاءَ اللَّهُ عَلَيْكَ وَبَنَاتِ عَمِّكَ وَبَنَاتِ عَمَّاتِكَ وَبَنَاتِ خَالِكَ وَبَنَاتِ خَالَاتِكَ اللَّاتِي هَاجَرْنَ مَعَكَ وَامْرَأَةً 
مُؤْمِنَةً إِنْ وَهَبَتْ نَفْسَهَا لِلنَّبِيِّ....))

Yang bermaksud: ((Wahai Nabi sesungguhnya kami telah halalkan kepadamu isteri-isterimu yang kamu berikan maharnya, dan kami halalkan wanita-wanita yang kamu miliki daripada apa yang Allah anugerahkan keatasmu, begitu juga dengan anak-anak perempuan pakcikmu dan makcikmu sebelah ayah, anak-anak perempuan pakcikmu dan makcikmu sebelah ibu yang mereka itu berhijrah bersamamu, serta wanita mukminah yang menghadiahkan dirinya untuk Nabi…))

Ibnu Kathir berkata dalam tafsirnya: "Maka ini adalah suatu keadilan dan kesederhanaan diantara yang terlalu melampau dan yang terlalu ambil mudah, sesungguhnya golongan nasrani tidak mengahwini perempuan kecuali jika diantara silelaki dan wanita itu punyai jarak perhubungan 7 keturunan ke atas. Sedangan yahudi pula mengahwini anak perempuan kepada adik@kakak perempuannya sendiri. Maka datang syariat islam yang sempurna lagi suci dengan menghapuskan sikap terlalu keras golongan nasrani dan sikap ambil mudah golongan yahudi".

"Islam tidak pernah menegah perkahwinan sepupu atau saudara-mara selain daripada kaum kerabat yang termasuk dalam kategori mahram. Mahram ialah ibu, nenek, anak perempuan, kakak, ibu saudara sebelah ibu dan bapa, ibu tiri, anak saudara, anak tiri, anak atau ibu susuan, ibu mertua, adik perempuan seibu sebapa dan sebagainya. (Rujuk Surah al-Nisak, ayat 23).

Sepupu tidak termasuk dalam kategori mahram dan tidak haram dikahwini. Rasulullah s.a.w pernah mengahwini sepupunya sendiri, iaitu Zainab binti al-Jahsy. Baginda juga pernah mengahwinkan anak baginda, iaitu Fatimah binti Muhammad dengan sepupu baginda, iaitu Ali bin Abu Thalib. Perkara yang sama diamalkan oleh ramai di kalangan para sahabat baginda.


Berhubung dengan pendapat yang mengatakan perkahwinan sepupu boleh menyebabkan lahirnya anak yang kurang cedik atau cacat, ia merupakan kemungkinan yang amat rendah. Berkahwin dengan wanita yang bukan kaum kerabat juga ada kemungkinan untuk mendapat anak cacat. 

"Hukum bernikah antara sepupu itu adalah sah disisi syarak dan tidak ada larangannya dalam agama.


Perkataan yang mengatakan hukumnya tidak sah atau dilarang dalam agama adalah salah.Cuma Nabi saw menganjurkan berkahwin dengan bukan sepupu dengan tujuan untuk meluaskan lagi kekeluargaan bukannya maksud nabi itu dengan tidak sah.

Ini adalah disebabkan jika kahwin dengan sepupu, kekeluargaan menjadi tidak luas dengan kerana keluarga kedua belah pihak sudah memangnya ada pertalian. Dengan mengahwini orang yang bukan sepupu maka kekeluargaan menjadi semakin berkembang dari kerana dua keluarga yang asalnya tiada pertalian jadi wujudnya pertalian dengan sebab kahwin tersebut.

Justeru kepercayaan karut dalam permasalahan ini wajib dihindari supaya keimanan kita terhadap Qoda' Qadar Allah Ta'ala tidak tercalar. Adalah suatu yang membimbangkan jika kepercayaan ini akhirnya membawa kepada satu dosa besar iaitu pengharaman suatu hukum yang halal!

2 comments:

  1. Kalau ragu and was-was baik hindarkan. Hmm...rasa nyer...kalau dua beradik ( lelaki n perempuan ) boleh kawinkan anak mereka kan, klu ada anak lelaki & perempuan antara dua beradik tu ?

    Kalau...adik beradik ( dua2 lelaki ) anak2 dia org x leh kawinkan...x silaplah.

    ReplyDelete
  2. saya de baca sal hukum ni.. boleh jew.. tapi tula.. boleh ke ibu bapa terima ni semua..

    ReplyDelete